Sunday, 20 April 2014

Nikmati makanan lazat tanpa perlu risau kandungan Kolesterol


Assalamualaikum,

Alhamdulillah dipanjangkan umur di berikan kesihatan yang baik untuk untuk terus menulis di blog ini.
Pada 16 April 2014 ima berkesempatan mengikuti Health Talk yang dianjurkan oleh Shaklee di Georgtown City Hotel Pulau Pinang. Setiap bulan Shaklee menganjurkan Health Talk bagi tujuan memberi informasi kepada ahli mengenai produk serta info kesihatan.



Mewajibkan diri untuk menghadiri setiap program yang dianjurkan oleh Shaklee, ini kerana sangatlah penting pengguna mendapat maklumat yang tepat mengenai produk yang patut diambil berdasarkan keperluan tubuh. Ilmu yang diperolehi tidak sama dengan apa yang diperolehi di internet, bengkel ini dikendalikan oleh nutritionist SHAKLEE yang berpengalaman luas.

Shaklee akan melancarkan satu produk baru di Malaysia, tetapi bukan lah produk kecantikan atau pun penurunan berat badan, walaupun pada hakikatnya masalah obesiti di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat.

 Statistik menunjukkan rakyat Malaysia mempunyai kadar kolestrol yang sangat-sangat tinggi. Tetapi ramai orang yang mempunyai kolesterol tinggi tidak menyedari sehingga la mengalami komplikasi yang memerlukan pemeriksaan paras kolesterol. 6 juta adalah anggaran, tetapi ramai lagi yang mengalami masalah kolesterol tinggi. 5 tahun sebelum ini 1 daripada 5 orang mengalami kolesterol tinggi, kini 1 daripada 3 orang mengalami kolesterol tinggi.


Apa itu kolesterol? Kolestrol datang dari 2 sumber, 1 daripada hati, 1 lagi daripada makanan. Contoh kita ambil nasi lemak (kolesterol tinggi) kolesterol akan masuk dalam darah dan akan dibekalkan untuk penggunaan badan, tetapi nasi lemak mempunyai lemak tepu yang tinggi, akan pergi ke hati dan akan diproses juga menjadi kolesterol. Adakah kita memerlukan kolesterol dari makanan? Kita mengambil lemak setiap hari yang akan ditukarkan kepada kolesterol oleh hati, pada masa yang sama kita juga mengambil kolesterol secara terus daripada makanan, menjadikan kolesterol berlebihan di dalam badan. 

Adakah kolesterol diperlukan oleh tubuh? Ya kolesterol diperlukan untuk membina sel membran, menghasilkan hormon, menghasilkan jus hempedu, dan untuk menyerap vitamin-vitamin yang larut lemak. Kolesterol mepunyai fungsi-fungsi tertentu. Tetapi kadar kolesterol yang terlalu tinggi akan menyebabkan salur darah tersumbat.

Terdapat 2 jenis kolesterol dalam badan : 

 LDL-jika berlebihan akan mendak di dalam salur darah dan membentuk "Atherosclerotic Plaque". (kolesterol jahat)

HDL-jika berlebihan akan keluarkan kolestrol jahat (kolesterol baik)

Untuk meningkatkan kadar HDL supaya "kolestrol baik" ini boleh mengangkut keluar LDL, pembersihan salur darah boleh dilakukan, anda disarankan untuk mengambil OMEGAGUARD. Tetapi sekiranya proses pembersihan dilakukan, dalam masa yang sama anda masih lagi mengambil makanan tinggi kolestrol, paras kolestrol tidak dapat dikurangkan. 

Cuba bayangkan rumah yang dipenuhi lumpur kesan daripada banjir, cuba dibersihkan, tetapi belum sempat proses pembersihan selesai, banjir datang kembali dan lumpur melekat semula. Rumah tersebut tetap kotor. 

Walaupun cuba dibersihkan dengan OmegaGuard (berfungsi meningkatkan HDL dalam darah), kolestrol baru akan terus masuk daripada makanan yang kita ambil setiap hari. Ramai yang mengambil ubat-ubat mengawal kadar kolestrol, ianya berfungsi dengan menghalang hati menghasilkan kolesterol, namun kita masih mengambil makanan tinggi kolesterol setiap hari, jadi ubat tersebut hanya mengawal satu punca datangnya kolesterol, namun kolesterol dari pemakanan seharian tetap akan masuk.


Paras kolesterol yang sihat seperti gambar di bawah, jumlah keseluruhan pastikan sentiasa bawah 5. Pemeriksaan lanjut membolehkan anda mengetahui kadar kolesterol LDL dan HDL. LDL tidak lebih dari 3.0, HDL lebih dari 1.0.


Adakah salur darah anda yang penuh plaque atau pun bersih? Sekiranya dibiarkan penuh dengan plaque akhirnya salur darah tersebut akan tersumbat ini akan meningkatkan risiko penyakit jantung. Jika anda adalah seorang pesakit jantung, ubat yang selalu dibekalkan adalah ubat kawal kolesterol. 

Bagi anda yang mempunyai paras kolestrol tinggi, anda berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung.

 Anda juga berisiko untuk mendapat penyakit angin ahmar / stroke.



Jika anda mempunyai kolesterol berlebihan juga akan mendak di dalam hati, dan membengkakkan hati, hati menjadi berlemak (fatty liver). Ini akan menyebabkan hati membengkak dan lama kelamaan sel-sel hati rosak yang boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat, melainkan melakukan "liver transplant".

Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, ini kerana salur darah semakin mengecil akibat tersumbat degan kolesterol, sekaligus tekanan darah meningkat. Sebelum anda mendapat tekanan darah tinggi, anda selalunya mendapat masalah kolesterol tinggi terlebih dahulu.

Kolesterol tinggi juga mengganggu masalah kesuburan. Sistem reproduktif manusia penuh dengan salur darah, salur darah yang tersumbat akan menyebabkan masalah mati pucuk dan ketidaksuburan.

Plaque akan menyebabkan tiga keadaan :

a- salur darah tersumbat-anda akan mendapat serangan jantung/stroke serta merta

b- salur darah pecah, permukaan salur darah akan menyebabkan darah beku, akan membengkak dan membesar yang mengakibatkan tersumbat dan menyebabkan serangan jantung.

c- sekiranya darah beku tertanggal dari tempat asal, darah beku tersbut akan mengalir di dalam salur darah, dan ia menghalang laluan ke organ utama seperti hati/ ginjal, keseluruhan organ akan rosak. Sekiranya gumpalan darah beku tersebut memasuki salur darah yang halus seperti di kawasan otak atau pun mata boleh berlakunya muntah darah dan kematian mengejut.

Kolesterol tinggi agak kurang di ambil perhatian, namun sekiranya dibiarkan ianya sangat-sangat merbahaya. Sangat penting menurunkan paras kolesterol yang terlalu tinggi.



Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kadar kolesterol tinggi di dalam badan. 

Antaranya: 
a-pemakanan
b-merokok
c-minumna keras
d-tekanan
e-hati yang tidak sihat

Namun begitu punca utama ialah dari pemakanan kita seharian yang tidak sihat.


American Heart Association menyarankan kadar pengambilan kolestrol tidak melebihi 300mg setiap hari bagi individu sihat. Manakala pesakit jantung hanya 200mg setiap hari.

Ini adalah kadar kolestrol sihat dan tidak memudaratkan salur darah anda.

Apa yang kita makan setiap hari? Nasi lemak setiap pagi? bukan sahaja pagi, nasi lemak boleh diperolehi setiap waktu makan. Seperti gambarajah di bawah kandungan kolestrol bagi setiap makanan lazat di Malaysia.


Keadaan pemakanan di Malaysia menyumbang kepada kolestrol tinggi. Pemakanan seharian menunjukkan 3x lebih tinggi dari keperluan tubuh. Ini menjadi punca utama mengapa ramai di kalangan rakyat Malaysia mengidap kolesterol tinggi yang akhirnya menjadi punca kepada penyakit-penyakit kritikal lain.


Antara cara untuk mengawal kolestrol berlebihan di dalam tubuh dengan mengambil makanan tinggi serat. Selain dari itu pengambilan OmegaGuard membantu menurunkan kadar kolesterol sedia ada dalam badan. Mengamalkan gaya hidup sihat supaya berat badan dapat di kawal.

Pengambilan ubat mengawal kadar kolesterol memberi kesan sampingan kepada tubuh seperti fungsi hati terjejas, keradangan, kelemahan pankreas, fungsi seksual terjejas. Anda perlu lah mengetahui kesan sampingan apabila mengambil ubat yang mengawal kolestrol dalam tubuh. Ianya sangat bertoksid.


Bagaimana mengurangkan kolesterol secara semulajadi. Iaitu dengan pengambilan Fitosterol.


Cadangan pengambilan  fitosterol telah pun disokong dengan lebih daripada 80 kajian. (Anda boleh menghubungi Ima untuk mendapatkan kertas kajian ini)


Berapa banyakkah keperluan Fitosterol diperlukan tubuh? sebanyak 2000mg ditambah ke dalam diet seharian anda.


Bagaimana ianya bertindak? gambar di bawah menunjukkan struktur kolesterol dan fitosterol yang sama. Tapak penyerapan kedua-duanya adalah sama. Apabila kita mengambil Fitosterol, ianya akan menyerap kolesterol daripada masuk ke dalam tuuh.


Gambar di bawah bola berwarna kuning masuk ke salur darah tanpa sebarang halangan. Selepas pengambilan Fitosterol yang berwarna hijau menghalang dari kemasukan kolesterol ke dalam salur darah. Kolestrol lebihan ini akan dikeluarkan melalui najis.

 Cadangan pengambilan ialah sebanyak 2000mg setiap hari akan mengawal kemasukan kolestrol ke dalam tubuh sebanyak 80%.


Kandungan fitestoral Shaklee diperolehi daripada minyak Tall. Ini adalah pokok pine. 


Anda boleh memperolehi manfaat fitosterol daripada sumber lain namun sanggupkah anda makan 200 batang lobak sehari? 70 keping roti gandum? 425biji tomato?


Ya... anda mempunyai pilihan lain seperti oat, tetapi sanggupkah anda makan oat setiap waktu? mampukah anda makan oat setiap kali sebelum makanan utama? untuk menyerap kolesterol. Dengan mengambil PHYTOCOL-ST 2 biji sebelum makan memabantu menghalang kolestrol masuk ke dalam tubuh secara berlebihan. Anda akan dapati najis anda berwarna hitam kerana kolestrol berlebihan akan keluar bersama najis anda.

Perlukan mengambil fitosterol sekiranya kadar kolesterol anda adalah normal?
Jangan tunggu bila dah tinggi baru nak makan, anda perlu melindungi sebelum plaque membentuk di dalam salur darah, jangan tunggu dah tinggi baru nak atasi, apabila ianya sudah membentuk. Kurangkan risiko serangan jantung. Ini kerana pemakanan kita sangat tinggi kolesterol. Pemakanan seharian yang tinggi lemak dan kolesterol menjadikan produk ini perlu di ambil seawal mungkin.

Sekiranya anda vegetarian adakah anda perlu ambil produk ini? Ya, sekiranya anda vegeterian anda perlu ambil kerana kebanyakkan makanan vegetarian mengandungi lemak yang tinggi dan bahan perisa yang tinggi.

Kelebihan lain sekiranya anda mengambil produk ini, ianya boleh menyeimbankan sistem imune. Digabungkan bersama Nutriferon bertujuan meningkatkan sistem imune. Meningkatkan ketahanan terhadap alahan.

Selain dari itu fitosterol meningkatkan penghasilan insulin, ianya turut membantu pesakit kencing manis. 

Masalah prostat yang membengkak jugak dapat diatasi dengan pengambilan fitosterol, sangat baik untuk golongan lelaki.


Cara pengamilan adalah 2biji sebelum makan. Sekiranya anda mengambil ESP atau cinch tidak perlu ambil. Hanya ambil sebelum makan tengahari dan sebelum makan malam, sekiranya anda mengambil nasi lemak pada sebelah pagi anda perlu mengambil sebelum sarapan pagi juga.


Kombinasi bersama produk lain untuk pesakit jantung, anda boleh mengambil : 

CoQHEALTH - jantung sihat dan kuat untuk menguatkan pengaliran darah
OmegaGuard - untuk membersihkan salur darah yang telah penuh dengan kolesterol sebelum ini
Phytocol-ST- untuk halang kolesterol masuk ke dalam salur darah
  Vivix- untuk meningkatkan pengaliran darah, dan memperbaiki sel-sel salur darah yang cedera

Produk ini akan dilancarkan pada 7-8 Jun 2014, harga runcit RM197, inginkan dapatkan pada harga ahli? anda boleh mendaftar sebanyak RM65 sahaja, atau dapatkan keahlian PERCUMA dengan mendapatkan promosi BUY 6 FREE 1 pada hari tersebut.

Produk ini telah pun dijual di US dengan nama yang berbeza, namun kandungan adalah sama. Produk ini disarankan untuk diambil oleh dewasa 18 tahun ke atas.


Produk hebat pastinya membantu anda menikmati kehidupan yang lebih sihat.

Hubungi Ima untuk mendapatkan produk hebat ini, 019-4782640.



No comments:

Post a Comment