Wednesday, 4 February 2015

Kat mana nak beli ikan segar dan murah? Pasar Bisik Kuala Muda , Kedah.

Assalamualaikum,

Akhir-akhir ni nak beli ikan macam tergak-agak, kalau bawak RM50 tu dapat banyak mana lah sangat, rasa lagi berbaloi beli lauk dah siap. Tapi sebagai ibu "mithali" keinginan nak memasak tu masih berkobar-kobar... hehehe 

Asalnya biras yang tahu lubuk ikan ni, kebetulan suami pegi rumah ipar dia orang tengah siang ikan. Interiew punya interview, citer punya citer, tengok ikan ikan memang segar-segar.

Beli di pasar biasa kadang tu harga satu hal la, kadang pecah perut, mata merah, kita ni bukan hari-hari nak ke pasar, bila beli nak buat stok, tapi bila hari beli pun alahai ikan,  nak buat stok memang tak la kan.

Tempat ni nama dia Pasar Bisik Kuala Muda, lokasi dia kat Kuala Muda, nak bagi direction tunjuk jalan memang korang akan sesat, ikut lah sign board Kuala Muda, nanti ada jumpa sign board 
"Pasar Bisik". Sebab saya pegi pun ikut sign board, heheheh.

Uniknya tempat ni kena bisik-bisik nak harga, bukan macam kat pasar malam atau pasar tani, sebatu jauh dah boleh dengar suara peniaga. Siapa bisik harga paling tinggi dia lah yang dapat beli. Tempat ni lebih kepada peraih ikan, tapi kita takat nak beli sekilo dua dia orang jual jugak.

Kebetulan bulan 2 ni hampir dengan Tahun Baru Cina, jadi harga udang ketam agak mahal, maka idok la kan, tahan tekak dulu. beli ikan kecik-kecik sudah.

Waktu paling sesuai pegi dalam pukul 12-1, samapai hari tu dalam pukul 11, jadi kena tunggulah sekejap, dalam pukul 12 tu banyak dah ikan naik. memang betul-betul tepi pantai. Gambar kat bawah ni semua sedang setia menanti, ada jugak beberapa bot yang dah sampai.


Cara pembelian pulak dia tak da nak timbang kilo, nelayan akan bawak naik sedikit demi sedikit, dalam setalam macam tu, kalau udang sotong akan bawak naik banyak sikit, jadi di atas jeti semua kerumun untuk bisik-bisik harga. Saya perhatikan sahaja, sebab encik suami excited bawak anak pegi tengok bot nelayan tu, n beli di bot. Semua bersesak sesak nak tengok hasil yang nelayan bawak naik, udang besar-besar lak tu, tapi waktu bayar parking kereta (RM2 ye parking tak dak nya FREE) pakcik tu cakap " la ni nak raya, udang selalu RM40 la RM80 dik oiii, nak kata apa depa dok up harga, kalau adik nak murah jangan mai sabtu ahad, dia lagi pukui harga" oooo panjang la muncung oooo tu kan.


Memang seronok la kan ketam hidup-hidup lagi, suami bawak naik ikan temenung RM5 je setengah baldi.... waaa pengsan tengok ikan temenung kecik-kecik, kena goreng garing sedap ratah, tapi nak menyiangnye tu... adoi la....sape beli dia siang... aci tak... kalau saya tobat tak beli... cari siakap sekor je siang kan senang. heheheh plan awal nya nak beli siakap, udang n sotong, 3 jenis dah, kita test dulu pasar ni. Tapi tak da siakap hari tu. Naik lagi sekali husband bawak naik ketam, hidup hidup lagi lak tu, RM50 banyak jugak, murah la... gambar kat bawah ni saya ambik kat jeti, husband beli kat bot, n pakcik tu dah pilih-pilih, dia cakapa bagi hat elok-elok nak buat makan kan... ye lah dengan bawak thaqif sampai ke tepi pantai memang tak da gaya peraih la kan.


Lepas tu tak larat dah nak tunggu kat tepi pantai dengan matahari terpacak atas kepala dah pukul 12.30. Tunggu je kat atas, ikan dah setengah baldi, ketam pun seplastik besar, nampak sotong besar-besar, dah terbayang dah dalam kepala sambal sotong. Bila letak je tong nelayan tu bagitahu sekilo RM16. wahhhh sangat murah, alhamdulillah rezeki. Terus beli sekilo. Tak tentu dia orang ni kadang timbang, kadang main kaut je, kita first time follow je lah kan.


Kalau kat market tak dapat sekilo RM16 sotong macam ni, murah kan? ke mahal. heheheh tak da la tahu sangat harga barang basah ni, tapi bagi saya ni dah kira sangat murah dan berbaloi dapat yang segar-segar.

Ok cukup la 3 jenis, ikan tu nanti pun rasanya tak larat nak siang, banyak nelayan bawak naik ikan sebelah, sotong dan udang.

Ni beberapa tips saya kongsikan jika nak ke PASAR BISIK KUALA MUDA:
  • bawak baldi dan plastic sendiri, kat sana ada jual tapi satu plastic 20sen, jadi guna la plastik belambak dalam laci tu kan, n bawak bekas ais or baldi, besen tak sesuai, tak da tangkai nak pegang dengan bersesak-sesak tu.
  • ais ada jual kat situ, jadi tak perlu risau kalau perjalanan balik agak jauh, uncle yang sama jual plastic jugak jual, dia pun ada jual bekas polistrin putih tu untuk isi ikan, so kalau datang melenggang tak perlu risau la, tapi jangan membazair apa boleh jimat kita jimat ye. guna apa yang ada kat umah.
  • buat survey dulu harga pasaran, ye lah silap-silap bisik bukan murah tapi lagi mahal pulak nanti. dan kita bukan beli dalam kuantiti yang banyak jadi bagitahu nak dalam RM berapa. kalau di bot tak da nak timbang-timabng.
  • pasar ni hari-hari bukak, selagi nelayan ke laut lah kan, sebab dia orang memang nak jual semua ikan yang di tangkap.
  • parking berbayar RM2.00
  • Elak bawak anak kecil, agak sesak dan panas, tapi kami bawak, time ni lah anak nak kenal ikan real kan, bukan ikan dalam pinggan je, tengok bot, cuma baby tak sesuai la kan.
  • Seberang Jeti Kuala Muda ialah Kota Kuala Muda, nelayan akan turun ikan di sana dulu, tapi mengikut sembang-sembang dengan orang-orang kat situ, sebelah sana harga lagi mahal, tapi lagi banyak pilihan, tak habis sana baru bawak sebelah sini, haaa nampak tak permainannya. Nak ke sana ikut Permatang Bendahari tak silap, tak pe nanti ada rezeki ke sebelah sana saya share ye.
OK, ni sahaja saya share, next time teror sikit lah kan nak membeli ikan kat Pasar Bisik ni, balik dari pasar bisik tu saya ke tempat makan yang famous juga di sebelah utara ni, hahahah drama lah sangat beli ikan nak masak, dah beli pun tengahari, laporrr weiiiii nak balik siang ikan bagai, so kami pegi makan dulu, nanti saya kongsikan.

Daaaa.......







No comments:

Post a Comment