Wednesday, 28 January 2015

Diabetes @ kencing manis

Assalamualaikum

Kencing manis @ diabetes ni selalu dah kita dengar. Tapi setakat mana pemahaman kita tentang kencing manis ni? Diabetes ni apabila dalam darah kita ni ada kandungan gula yang lebih dari paras normal. ada 3 jenis :
  1. Type 1 = badan tidak dapat menghasilkan insulin
  2. Type 2 = berpunca dari rintangan insulin. Rintangan Insulin adalah satu keadaan di mana insulin tidak dapat berpaut dengan reseptor pada permukaan membran sel untuk membuka laluan (Glucose Channel) yang membenarkan glukosa diangkut ke dalam sel untuk digunakan.
  3. Gestational Diabetes = terjadi kepada wanita hamil
Jenis satu dan ketika hamil tak banyak dan masih lagi boleh mmenjalani kehidupan seperti biasa. Kritikal sekarang ni jenis kedua. Sebenrnya diabetes ni tak bahaya, tapi yang bahaya ialah komplikasi akibat diabetes ni. 

Dalam bahasa mudah saya cuba sampaikan. Ok, bila gula dalam badan kita tinggi, darah jadi pekat, Macam air gula, kan pekat, jadi perjalanan darah tak lancar. Selalu kan kita dengar pesakit diabetes tangan dia kebas-kebas, kaki kebas, lepas tu rabun, sebab apa? sebab darah tak dapat sampai ke urat saraf yang halus halus, tempat urat saraf halus dekat mana???? hujung badan kita, kaki tangan, mata pulak? sebab urat saraf mata sangat halus. Lepas tu pulak, gula ni kan bersifat kristal, bila terlalu banyak berada di dalam salur darah, gula ni tadi akan melukakan saluran darah, saluran darah yang luka akan menyebabkan pembentukan "plug" lama kelamaan saluran tersebut akan tersumbat. Selalu dengar kan penyakit "3 serangkai" akibat diabetes, boleh juga membawa kepada masalah jantung, buah pinggang, angin ahmar.

Ramai yang ambil mudah bila tahu menghidap diabetes. Ye lah tak kena kesannya lagi, tapi bila dibiarkan dah ada kesan buruk baru lah nak kelam kabut kan. 

Ini pemahaman saya mengenai diabetes, nak cerita lebih kita ni bukanlah doktor... tapi bila kita faham logik kita akan cuba kawal. Langkah paling mudah sekali kurangkan pengambilan gula. Senangkan, tapi bukan setakat gula pasir yang kita guna untuk bancuh teh minum petang tu. Ada pelbagai jenis gula yang "tersembunyi". Post seterusnya saya akan kongsikan mengenai gula "tersembunyi" ni.

Sekian.

"iklan---diabetes? anda perlukan vivix, hubungi 0194782640 untuk maklumat lanjut."



No comments:

Post a Comment