Thursday, 21 August 2014

Kenapa luka bersalin saya lambat sembuh?

Assalamualaikum & selamat sejahtera,

Sejak bergerak aktif dibeberapa buah group wanita, soalan yang sering diajukan ialah "macamana nak bagi luka cepat sembuh?" keadaan ini sebenarnya lebih merujuk kepada luka akibat bersalin samada secara normal mahu pun pembedahan. Luka bersalin bukan lah luka biasa hanya satu lapisan kulit, ianya juga melibatkan bahagian dalaman tubuh.

Antara isu yang sering dibincangkan ialah, luka jahitan terbuka, keluar air bisa, sakit, pedih ketika membuang air kecil dan pelbagai lagi yang menggangu proses pemulihan selepas kelahiran.

Rawatan penjagaan faraj sangat penting, ini kerana ibu mengalami luka, lebih-lebih lagi apabila digunting bagi mengelakkan pintu terkoyak, sekiranya terkoyak agak sukar untuk dijahit dengan baik. Sekiranya proses gunting dilakukan menegak ianya agak mudah untuk sembuh, tetapi sekiranya lukanya secara melintang, mengambil masa untuk sembuh.

Beberapa petua yang boleh diamalkan untuk mempercepatkan penyembuha luka ingin saya kongsikan hari ini. Untuk mempercepatkan penyembuhan luka jahitan serta mengelakkan berlakunya infeksi, faraj perlu dicuci dengan cara cebokan/rendaman dengan ramuan seperti berikut:

Rawatan Cucian (Direbus)
  • Garam kasar, daun sirih, daun inai serta jintan hitam bersama 1 liter air atau
  • Garam kasar, 3 keping asam keping bersama 1 liter air


Rawatan Rendaman (Direbus)
  • Daun sirih, daun inai, daun mambu, garam kasar, jintan hitam dan kemenyan serani (sejenis getah narokam berwarna kuning kemerahan)
  • *rawatan rendaman penting diamalkan bagi mengelakkan infeksi disamping mempercepatkan penyembuhan luka di pintu faraj. Gambar di bawah menunjukkan posisi yang betul apabila berendam, iaitu seluruh bahagian sulit dan punggung terendam di dalam air dengan kedua-dua kaki terbuka.

Rawatan sapuan

Untuk mengubati luka bersalin, bolehlah diamalkan ramuan bahan yang diasah dan sapukan pada bahagian jahitan. Ramuan adalah seperti berikut:
  • manjakani dicampur sebati dengan air gamat atau
  • manjakani diasah dengan campuran mani kemenyan atau murul habsyi (lazimnya diperoleh di Makkah) atau
  • biji pala dan kunyit

Gaya pemakanan juga menyumbang kepada tahap kepantansan luka itu sembuh. Sumber vitamin seperti zink adalah perlu untuk memastikan luka cepat sembuh. Antara makanan yang kaya dengan zink adalah:

  • tiram
  • daging merah
  • ketam
  • ayam
  • bijirin penuh
  • kekacang
Makanan di atas membantu penyembuhan luka, namun begitu adakalanya kita tidak dapat mengambil makanan tersebut dalam tempoh berpantang. Oleh itu pengambilan zinc dalam bentuk pil sangat membantu. Zinc complex 15mg adalah mencukupi dengan pengambilan 1 biji setiap hari ketika perut kosong.

Pengambilan zinc juga membantu mengelakkan keguguran rambut. Masalah ini sering dihadapai wanita selepas bersalin, antara faktor yang menyumbang keguguran rambut yang teruk adalah kekurangan zink di dalam tubuh. 

Sebotol Zinc Complex mengandungi 120biji dan untuk pengambilan selama 4 bulan.

Untuk maklumat lanjut hubungi 0194782649 (call/sms/whats app) atau di FB khas untuk wanita hamil/bersalin/berpantang/menyusu Nawal Kedah . Setiap pembelian akan disusuli dengan khidmat nasihat bagi anda selama anda hamil, berpantang, penyusuan. Satu kumpulan khas dikhususkan untuk membantu anda di Facebook.




No comments:

Post a Comment