Assalamualaikum,
Tadi dah cerita pasal Pasar Bisik beli ikan bagai, tapi disebabkan beli ikan pun tengahari, makanya lapar lah kan, alang-alang dah ke arah kepala batas tu kan, en. suami ajak
"nak makan rimau menangis tak?".
Mengangguk laju je...
Lokasi boleh cari coordinate ni... 5.519931, 100.437858
ni coordinate meja saya duduk.. hehhehee
RIMAU MENANGIS?????
haaa bagi yang tinggal di kawasan utara dah boleh agak kat mana kan...
Restoran ni sangattttt glamor kat utara ni. Menu utama ni segala yang bakar-bakar... ikan, udang, sotong, ketam, ayam, daging semua lah. Bila masuk je restoran ni memang sesak lah, memang datang untuk makan dan balik. Nak kata lepak-lepak sembang- sembang memang tak sesuai sebab tepi korang dah ada yang tunggu q meja tu.
Jom kita layan gambar. Tengok gambar kat bawah ni dah macam kat bazar Ramadhan. punya lah ramai orang, mungkin kebetulan hari kami pegi ni cuti umum, tu yang semua gantung kuali kannnn....
Nak duduk pun kena tunggu sekejap, tapi tak la lama sangat. Sebab semua macam paham kan, ramai yang menunggu, ada jugak meja yang dah booking. Jadi kalau korang datang ramai elok booking dulu lah ye, nanti saya share nombor telefon.
Haaaa.... tengok sambal belacan pun.. so boleh bayang la berapa ramai pelanggan yang datang setiap hari.
Yang ni tak sure la apa dia, ambil gambar je, nampak macam telur ikan.
Bagi peminat tempoyak jangan risau, dua balang tempoyak telah disediakan.
Ulam? segala ulam ada kat sini, pilih je mana nak.
Selain ikan bakar ada gak lauk pauk lain, ikan goreng, ikan masin, gulai semua masakan kampung insya allah ada.
Ni sup daging, dengan gulai daging tengok ke periuk pun takutkannnn....
Senyum je brader ni, bagi peminat budu pun ada jugak.
Nasi ada tukang cedok.
Dah makan sila bayar, ambil dulu, lepas tu akan ada orang datang kira, beza dengan kedai lain, selalu akan letak bil atas meja kan, tapi kat restoran ni dia bagi nombor meja ja, kalau letak kat meja bil korang pengsan lak kan tengok harga, ye lah time cedok lauk tak ingat dunia.
Ni antara anggaran harga menu, jadi ikutlah budget masing-masing ye.
Udang besar pun ada, tapi harga pun besar lah kan...
Haaaa... lambakan lauk pauk..... pilih-pilih....
Tempat bakar depan restoran, makanya penuh asap gak la kedai ni, tapi tu lah kan bila makan asap ke apa tak nampak dah, sedap kan....
Tu dia, bersusun-susun lauk pauk.
Lauk pauk dah penuh kolesterol bagai, minum air sihat lah kan FREE lak tu...
Rimau Menangis, haaa apa yang menangis tu? mengikut ceritanya daging part ni harimau nangis ni bahagian yang harimau tak boleh nak makan. makan menangis la harimau tu, tak boleh nak makan sampai habis. Tak tahu lah setakat mana kebenaran cerita ni. Tapi restoran ni memang terkenal dengan trade mark "rimau menangis'
Ni alamat dan nombor telefon Restoran Ikan Bakar Din Kepala Batas.
Eh tak share lak kita makan apa ye, hahahha tak la semua-semua tu amik kan. Disebabkan kecewa tak dapat beli ikan siakap maka kita makan ikan siakap lah.
Ni ikan siakap masih sopan lagi lah, belum kena makan, sambal dia memang superb, tak cicah air asam pun dah sedap.
Ni sup daging.
KErabu nangka, sambal belacan, ulam sikit, dengan ikan masin.
Harga???? tak tanya pulak en. suami, berapa total semua.
Jadi bagi yang mencari tempat makan yang best saya cadangkan untuk cuba Restoran Ikan Bakar Din @ Rimau Menangis.
Packaging yang tepat dibutuhkan untuk menunjang layanan delivery ikan bakar. Kami tawarkan kepada Anda Greenpack : http://www.greenpack.co.id/dus-makanan-murah/
ReplyDelete