Wednesday 13 February 2013

DIABETES

Apa yang dimaksudkan dengan diabetes, diabetes merupakan satu keadaan dimana paras gula dalam darah melebihi paras normal ianya juga dikaitkan dengan metabolic disease.
 
Diabetes terbahagi kepada dua:
  1. Type 1, di mana pankreas tidak dapat menghasilkan insulin, pesakit memerlukan suntikan insulin, kebanyakkan punca adalah penyakit diwarisi. Sering didapati dikalangan kanak-kanak. Gaya hidup juga mempengaruhi diabetes type 1. Pesakit memerlukan suntikan insulin.
  2. Type 2, sel tidak dapat menggunakan insulin yang telah dihasilkan oleh badan untuk mencernakan gula ianya kerana jumlah insulin yang dihasilkan tidak cukup, atau sel badan/receptor tidak mampu menggunakan insulin yang telah dihasilkan. Type 2 disebabkan gaya pemakanan(diwarisi). Boleh dikawal dengan pengambilan ubat, tidak semestinya memerlukan suntikan insulin.
Tanda-tanda pengidap diabetes:
  • Kerap kencing
  • Susut berat badan walaupun berselera makan
  • Terasa letih dan lesu
  • Luka atau cedera yang lambat sembuh
  • Gatal-gatal terutama di bahagian kemaluan
Komplikasi jangka panjang sekiranya tidak dirawat:
  • Kegagalan buah pinggang
  • Serangan jantung
  • Kebutaan / Katarak
  • Koma (hilang kesedaran)
  • Angin ahmar (strok)
  • Sakit saraf atau “mati pucuk”
  •  ‘gangrene’ atau anggota tubuh mati/membusuk
Adalah lebih baik sekiranya penyakit kencing manis di cegah dari terjadi. Kaedah Pencegahan yang terbaik adalah :
  • Mempunyai berat badan unggul.
  • Makan pelbagai jenis makanan.
  • Makan mengikut umur dan aktiviti fizikal.
  • Makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran kekacang dan bijirin.
  • Makan dengan kerap tetapi dengan kuantiti yang sedikit.
  • Selalu melakukan senaman.

No comments:

Post a Comment