
Menurut beliau, hasil kajian itu mendapati tidak wujud kumpulan makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan. Ini memberi gambaran bahawa bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutama semasa kecil.
Bagi mereka yang menghidap asma kronik pula, pengambilan dos tinggi minyak ikan dapat mengurangkan serangannya. “Ikan atau minyak ikan mengandungi Omega 3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA). “Omega 3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak, serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghidapinya,” jelasnya.
Tambah Jagdev, antara sumber Omega 3 terbaik ialah ikan laut sejuk seperti tuna, kod, halibut, salmon, sardin dan mackerel.
Adakah minyak ikan membantu kepada asma?
Sudah tentu, asid-asid lemak Omega-3 telah dicatatkan mempunyai kesan anti-keradangan. Satu kajian telah dijalankan ke atas 29 orang kanak-kanak yang mempunyai asma salur pernafasan. Mereka telah diberikan supplemen pemakanan minyak ikan selama 10 bulan. Kumpulan tersebut seterusnya telah dibandingkan dengan kumpulan kawalan yang tidak diberikan sebarang supplemen minyak ikan. Mata bagi simptom-simptom asma berkurangan dalam kumpulan yang mengamalkan minyak ikan, tetapi tidak kepada kumpulan kawalan. (Eup Respair J.2000 Nov; 861 -5.).
Satu lagi kajian yang dijalankan di Australia telah menyimpulkan bahawa pengamalan minyak Omega-6 yang tinggi daripada majerin dan minyak sayur-sayuran sebenarnya meningkatkan risiko asma. Kajian ini menunjukkan bahawa minyak Omega-6 mendorong keradangan dan minyak ikan Omega-3, sebaliknya, bersifat anti-keradangan. (Thorax 2001 Royal Children Hospital Melbourne, Australia).
Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa supplemen minyak ikan Omega-3 memberikan kesan anti-keradangan kepada penyakit paru-paru kronik yang disifatkan oleh kesukaran dalam pernafasan. (Chest 2005;28:3817-3827). la memberikan kesan perlindungan kepada perigecutan salur pernafasan yang dicetuskan oleh senaman (EIB). (Chest 2006;129:39-49)
Bagaimanakah Omega-3 melawan penyakit asma?
Ketika menghadapi serangan asma, badan pesakit akan menghasilkan lebih 3X bahan keradangan yang dipanggil 'leukotriene B4' atauipun LTB4. ubat yang diberi berfungsi dgn menahan pengeluaran LTB4. malangnya terdapat beberapa kesan terhadap pesakit. Asid lemak Omega-3 juga bertindak menahan pengeluaran ini tetapi dengan cara yang berbeza. Omega-3 menyebabkan system daya tahan badan menghasilkan lebih sedikit LTB4 dan meningkatkan pengeluaran bahan saing lain dipanggil LTB5 yang mempunyai kesan penyekatan. Semakin banyak LTB5 dihasilkan semakin kurang serangan penyakit asma.
OmegaGuard™ Shaklee

Omega 3 Shaklee diekstrak dari ikan laut dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)
Baca lanjut Kenali OmegaGuard™ Shaklee
No comments:
Post a Comment