KEPENTINGAN MEMAKAN VITAMIN SEMASA MENGANDUNG
Adalah penting bagi ibu untuk mendapat pemakan yang seimbang semasa mengandung. Ini termasuklah dengan memakan buah-buahan, sayuran, bijiran wholegrain, kekacang . Kurangkan mmakan makanan yang terlalu masin dan manis, makanan berlemak,dan makanan segera.
Walaubagaimanapun, apabila ibu mengalami masalah alahan, muntah-muntah semasa mengandung, adalah sukar untuk mendapat khasiat dari pemakanan sahaja, jadi mengambil vitamin tambahan adalah disarankan.
Secara keseluruhannya,multi vitamin yang baik untuk wanita hamil haruslah mengandungi cukup asid folik, zat besi dan calcium. Asid folik atau vitamin B terdapat dengan banyak dalam makanan seperti kekacang, sayuran hijau, dan makanan bijirin. Asid folik amat penting kepada tumbesaran saraf bayi semasa 3 bulan pertama kerana kekurangan vitamin ini ada dikaitkan dengan kecacatan saraf bayi (neural tube defect). Dengan memakan asid folik diperingkat awal hamil, boleh mengurangkan risiko ini.
Zat besi juga merupakan galian yang penting kerana semasa mengandung, badan kita akan membuat lebih sel-sel darah untuk mempastikan oksigen yang cukup untuk bayi, tetapi zat besi juga penting untuk pembinaan sel darah merah bayi kita. Penyakit anemia (kurang darah) senang terjadi dikalangan mereka yang kerap mengandung dan ia disebabkan oleh kekurangan zat besi kebanyakkannya. Pastikan anda mengetahui tahap hemoglobin anda sebaik sahaja anda hamil.
APA FUNGSI SETIAP VITAMIN INI TERHADAP TUBUH IBU MENGANDUNG ?
VITALEA (MULTIVITAMIN)
Menambah kepada kekurangan pada pemakanan harian kita. Ia juga membantu menambahkan keperluan badan kita jika kita tidak mengikut sistem pemakanan yang betul. Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
B COMPLEX
B Complex Shaklee lengkap dengan asid folic. Asid folic sangat penting untuk bayi dalam kandungan ibu. Juga membantu mengatasi kelesuan. Penting bagi mengatasi masalah kesihatan mental (kemurungan) dan mengatasi stress.
VITAMIN C
Membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan bagi ibu-ibu yang mengandung. Vitamin C boleh mengelakkan dari demam dan selsema. Individu yang mengalami stress atau keadaan penat, letih, lesu serta kesibukan memerlukan vitamin C.
OSTEMATRIX (KALSIUM MAGNESIUM)
Membina tulang dan gigi yang kuat, juga mengelakkan dari kekejangan otot. Untuk menstabilkan denyutan jantung dan darah tinggi. Juga terdapat vitamin D yang boleh mengelakkan jaundice (sakit kuning). Juga mengelakkan sembelit.
OMEGAGUARD (TERMISTER 2&3)
Omega 3 didapati penting untuk perkembangan sistem saraf otak dan awal penglihatan bayi. Kajian menunjukkan bahawa ibu mengandung didapati kesusutan omega 3 dalam badan jika pengambilan omega 3 yang kurang dalam pemakanan akibat janin menggunakan omega 3 untuk perkembangan sistem saraf otak. Omega 3 juga digunakan selepas bersalin untuk membuat susu ibu yang penting untuk perkembangan bayi. Kajian telah mengesahkan bahawa pengambilan tambahan EPA dan DHA kepada diet seorang ibu hamil mempunyai kesan positif ke atas pembangunan penglihatan dan kognitif bayi. Kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan omega 3 yang lebih tinggi boleh mengurangkan risiko alergi di kalangan bayi.
ESP (TERMISTER 2&3)
Membantu perkembangan fetus (kulit, kuku, otot, organ bayi dan lain2 terdiri drp protein)
Memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
Memberikan tenaga kepada ibu terutamanya bagi yang mengalami morning sickness
Mengawal paras kolestrol & menyokong kesihatan jantung
Indeks glisemik yang rendah membantu mengawal paras gula dalam darah terutamanya bagi ibu hamil yang mempunyai diebetes
Memberikan anda rasa kenyang dan mengelakkan masalah pedih ulu hati di kalangan ibu hamil
Kulit bayi yang bakal dilahirkan nanti kelihatan cantik, halus, gebu tanpa masalah kulit..Insya Allah..dan bonusnya tentu kulit ibu juga
Membantu badan ibu untuk menghasilkan antibodi untuk bayi.
Meningkatkan kesihatan sistem imun yang menurun akibat perubahan hormon semasa hamil
Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.
Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah.
Membina dan memperbaharui sel-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.
No comments:
Post a Comment