Saturday, 11 May 2013

Pening Kepala Ketika Hamil

Assalamualaikum....

Ima ingin berkongsi pengalaman mabuk ketika hamil.... Tidak dapat dinafikan "morning sickness" adalah perkara biasa bagi wanita hamil, namun begitu ianya tidak boleh dipandang remeh, sekiranya simpton ini berpanjangan perlu lah dirujuk kepada doktor. Hamil anak pertama dan kini hamil 7 bulan anak kedua Ima mengalami morning sickness yang agak lama. Namun begitu dengan pengambilan makanan seimbang dapat membantu mengurangkan rasa loya. Elakkan membiarkan perut kosong, jika tidak mampu untuk menelan apa-apa makanan cukuplah sekeping roti. Berikut adalah maklumat yang diperoleh daripada baby center mengenai pening kepala ketika hamil.


Mengapakah saya rasa pening semasa hamil?

Sebab mengapa anda berasa pening bergantung kepada usia kehamilan anda. Pada awal
trimester pertama, anda mungkin rasa pening dan loya kerana tekanan darah yang rendah. Ini berlaku kerana hormon kehamilan iaitu progesteron merehatkan dinding salur darah anda, menyebabkan tekanan darah anda menurun. Ini boleh menyebabkan anda berasa pening dari seawal minggu kelapan. Tetapi ingat bahawa pening adalah ciri-ciri biasa kehamilan. Di antara setengah hingga tiga perempat daripada wanita hamil akan merasa pening.

Dalam trimester kedua dan ketiga, rahim anda yang sedang membesar berkemungkinan menekan saluran darah. Ini juga boleh menyebabkan anda berasa pening. Sebab-sebab lain mengapa anda mungkin berasa pening termasuk:

Jika anda berdiri terlalu cepat, darah mungkin tidak mempunyai cukup masa untuk sampai ke otak. Ini dipanggil hipotensi postural.
Jika anda berbaring terlalu lama. Kira-kira satu dalam 10 wanita hamil mengalaminya disebabkan oleh tekanan darah.
Jika anda belum makan dan gula dalam darah rendah, terutamanya pada lewat petang.
Jika anda
kekurangan zat besi dalam darah (anemia).
Jika anda
terlampau panas.
Apakah yang boleh saya buat untuk menghilangkan rasa pening?

Ini bergantung kepada apa yang menyebabkan anda berasa pening, tetapi langkah pertama yang terbaik ialah duduk. Ini bukan sahaja membantu menghentikan pening, tetapi anda dapat mengelak daripada terjatuh.

Bergerak dengan lebih perlahan turut membantu. Contohnya, cuba bangun perlahan-lahan berbanding bangun dengan tiba-tiba daripada kerusi atau katil.

Jika anda berasa pening semasa berbaring, mengiringlah ke sebelah kiri kerana ini akan membantu jantung anda mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih mudah.

Ini mungkin juga satu cara badan anda memberitahu bahawa anda memerlukan penambahan tenaga. Jika anda belum makan dalam masa satu atau dua jam, snek ringkas dan cepat dapat menaikkan tahap gula dalam darah anda. Dan pastikan anda tidak
terdehidrasi. Minumlah air atau jus buah.

Dalam kes-kes tertentu, anda tidak dapat berbuat apa-apa kecuali duduk atau baring mengiring dan tunggu sahaja ia berlalu. Masalah pening yang datang dan pergi ini boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang kehamilan.

Adakah masalah pening semasa hamil ini berbahaya?

Jarang sekali. Tetapi walaupun ia perkara biasa, jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Bahaya terbesar daripadanya ialah
pitam. Jika anda berasa hendak pitam:
baring mengiring ke sebelah kiri;
atau duduk dengan meletakkan kepala di antara kedua-dua lutut.

Posisi ini dapat menggalakkan perjalanan darah ke otak, yang mana dapat meredakan rasa hendak pitam.

Bilakah saya perlu berjumpa doktor?

Anda patut berjumpa doktor jika anda pitam, jika anda sering pening atau jika anda turut mengalami:
kesakitan pada bahagian pelvis atau perut;sesak nafas;
penglihatan kabur;
jantung berdebar;
sakit kepala;
muntah.

Pening boleh jadi satu simptom
anemia yang serius. Ia juga boleh jadi kerana anda bernafas terlalu cepat atau terlalu dalam (hiperventilasi). Ia juga boleh jadi disebabkan oleh sesuatu yang tidak ada kena-mengena dengan kehamilan anda. Sebab itulah jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, jangan teragak-agak untuk meminta bantuan. Tetapi ingatlah bahawa berasa pening akibat terlampau panas, kelaparan, loya, atau berdiri terlalu cepat sering kali hanyalah sebahagian daripada asam garam kehamilan.


Semoga maklumat ini dapat membantu ibu-ibu hamil dan tidak memandang remeh sekiranya mengalami pening kepala ketika hamil. Akibat kurang selera makan kita berkemungkinan tidak medapat khasiat yang cukup. Ima mengamalkan pengambilan multivitamin Shaklee iaitu Vita-lea. Berikut adalah kebaikan yang kita perolehi apabila mengamalkan pengambilan Vita-lea. Ianya hendaklah diambil selepas makan dan elakkan pengambilan kafein untuk memaksimumkan penyerapan zat. Elok diambil bersama vitamin C.



Multi vitamin & Multi mineral

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
• Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
• Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
tisu.
• Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
untuk kesihatan tulang dan gigi.
• Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
• Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
merah.*

No comments:

Post a Comment