Monday, 10 June 2013

Asma

Assalamualaikum.....

Apa itu asma ??? tapi saya sendiri tidak pernah mengalami penyakit ini, malah ahli keluarga terdekat juga tidak mengalami penykit asma. Tetapi beberapa pelanggan saya sering berulang ke hospital dan klinik kerana anak mereka yang sering batuk dan berkemungkinan menghidap asma.
 
Sebelum kita pergi lebih detail mengenai produk jom kita tanya MR. WIKIPEDIA apa itu asma?
 
 
"Penyakit Asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
 
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan."
 
 Asma di kalangan kanak-kanak
 
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
 
Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.
 
Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.
 
Pencetus biasa serangan asma termasuk:
  • alahan dihidu sepertikutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
  • udara sejuk
  • senaman
  • jangkitan sistem pernafasan
  • tekanan emosi
  • aspirin dan ubat seumpamanya
  • Asma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.
 
Simptom
 
Kejadian nafas bersiul dan semput biasanya bertindak balas dengan inhaled
bronchodilator yang bertindak dengan menenangkan otot licin ("smooth muscle") pada dinding bronchi (laluan udara). Kejadian lebih teruk mungkin memerlukan pengambilan singkat steroid ditelan yang memendamkan keradangan dan pembengkakan lapisan pada laluan udara. 
  • bronchodilator dihidu
  • Short-acting selective
  • beta2-adrenoceptor agonists (ex. albuterol (salbutamol), terbutaline)
  • Antimuscarinics (ex. ipratropium, oxitropium)
  • Systemic steroids (ex.
  • prednisone, prednisolone, dexamethasone) 
  • Oxygen to alleviate the hypoxia (but not the asma per se) that is the result of extreme asma attacks.
  • Jika ketidakhadaman asid ("Acid indigestion -GERD") merupakan sebahagian dari serangan, ia juga perlu dirawat atau ia akan memulakan proses keradangan semula.
 
Langkah mengelak 
 
Punca seperti haiwan peliharaan dan aspirin perlu dipastikan dan dielakkan. Mereka yang mempunyai simptom asma sepanjang hari biasanya berasa lega dengan ubat penghalang berterusan. Ubat penghalang yang paling berkesan adalah steroid yang dihidu.
  • Penghidu (inhaler )
  • kortikosteroid (contohnya flutikasone, budesonide, beclomethasone, mometasone)
  • Leukotriene antagonis (contohnya montelukast sodium, zafirlukast)
  • Agonist
  • beta2-adrenoseptor tahan lama (contohnya salmeterol, formoterol)
  • Penstabil
  • sel Mast (contohnya kromolyn sodium (sodium kromoglykate), nedokromil)
 
Ambil ubat seperti yang dicadangkan oleh doktor. Jika serangan asma semakin teruk, jangan tunggu sehingga janji temu seterusnya. Bawa ubat ke mana-mana saja anda pergi. Elakkan daripada menghisap rokok atau berada berdekatan dengan orang yang menghisap rokok. Ambil ubat sebelum anda ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasalah membawa senarai ubat daripada doktor anda.
 
Pelbagai faktor yang menyumbang kepada asma. So mencegah lebih baik daripada merawat.... kalau ada anak kecik elakkan memelihara binatang macam kucing kan.... bulu-bulu tu semua membawa kepada asma... Saya sendiri karpet-marpet ni semua dah gulung simpan... ye la dengan Thaqif baby yg bakal keluar lagi... kalau nak golek-molek bentang toto je....
 

No comments:

Post a Comment