Monday, 5 August 2013

Osteoarthritis-sakit sendi

Assalamualaikum... Selamat pagi.... semakin menjelang Syawal, masih ramai yang bekerja??? Yang dah balik kampong mula sibuk dengan persiapan hari raya. Shopping raya las minit kannnn.... tambah pulak cuti sekolah.

Bagi anda yang pulang ke kampung pasti ada mendengar keluh kesah ibu bapa yang mengatakan sakit lutut, sakit ibu jari bila duduk lama-lama. Nak kata tak sihat, rancak je buat keje rumah.

Pagi yang hening bening saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai sakit sendi yang dinamakan Osteoarthritis(OA).... apa ka bonda nya tu???

Menigkut sumber Dr Anwar Arshad yang merupakan pakar dalam sakit tulang temulang dan sendi ini :
 
Proses osteoartritis bermula dengan penghausan tulang rawan pada sendi. Tulang rawan berfungsi sebagai kusyen di antara sendi yang membolehkan sendi bergerak lancar. Ia adalah tisu yang tegap, berfungsi untuk menyerap kesan hentakan semasa bergerak dan bersenam.
 
Apabila tulang rawan menjadi haus dan nipis, ruang antara sendi menjadi sempit. Ini mengakibatkan hujung tulang bergesel di antara satu sama lain. Geselan tulang ini akan menyebabkan sendi menjadi sakit pembentukan tulang baru di hujung tulang menghasilkan pembengkakan sendi.
 
Mereka yang telah berumur dan mempunyai berat badan yang berlebihan didapati lebih mudah mendapat OA. Kaum wanita berkecenderungan mendapat OA lebih awal dan lebih teruk daripada kaum lelaki, dan di dalam sesetengah kes, OA mungkin menjejaskan seluruh keluarga.

Sekarang dah tahu kan kenapa orang tua kita mengeluh sakit lutut la... sakit ibu jari la... Semakin berusia semakin tinggi risiko untuk mendapat OA.

Bagaimana anda hendak mengenal pasti penyakit ini? Terdapat beberapa tanda yang boleh dilihat :
  • Sakit pada sendi apabila digunakan atau digerakkan.
  • Ketidakstabilan pada sendi.
  • Pergerakan dan penggunaan sendi yang terhad.
  • Bengkak sendi.
  • Sendi berbunyi apabila digerakkan.



Penyakit ni orang tua je ke boleh kena? Siapa lagi golongan yang mempunyai risiko untuk mendapat OA?
  • Penuaan. - Osteoartritis jarang berlaku di bawah umur 40an. Penyakit ini lebih kerap di kalangan wanita yang berumur 50 tahun ke atas.
  • Obesiti (kegemukan).
  • Penyakit radang sendi yang lain seperti rheumatoid arthritis dan jangkitan kuman.
  • Kecederaan sendi.
 
Terdapat pelbagai kaedah rawatan yang disyorkan antaranya :
  • Mengurangkan berat badan. Bukti saintifik menunjukkan pengurangan berat badan sebanyak 5 kg akan mengurangkan tekanan ke atas sendi lutut sebanyak 15-20kg.
  • Pemulihan anggota dan cara kerja.
  • Ubat-ubatan yang disarankan contohnya, ubat penahan sakit seperti paracetamol dan ubat “nonsteroidal anti-inflammatory drug” (NSAID).
  • Suntikan di sendi jika diperlukan.
  • Alat-alat bantuan pergerakan.
  • Pembedahan ke atas sendi-sendi yang telah hilang fungsi untuk mengembalikan fungsi sendi dan menghilangkan kesakitan.
Namun begitu terdapat beberapa penemuan yang dapat membantu mengurangkan OA. Antaranya Glucosamine sulfate, chondroidin sulfate dan diacerin adalah agen-agen yang berupaya memberi kelegaan untuk OA lutut.



Setelah mengenali OA, produk Shaklee yang dapat membantu membentuk tulang rawan ialah Advanced Joint Health Tablet. Kenapa AJHT? ini kerana AJHT membantu pembentukan tulang rawan, kandungan ekstrak jagung secara semulajadinya kaya dengan glucosamine yang merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Selain dari itu AJHT juga mengandungi Nilai Harian 100% Vitamin C kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen.Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.

Oleh yang demikian AJHT dapat membantu OA.

AJHT boleh dijadikan hadiah untuk insan tersayang, keberkesanannya telah terbukti, saya sendiri telah memberikan kepada ibu bapa di kampung.

Jom kita tengok testimony lain yang telah merasai kebaikan AJHT ini.



Kombinasi produk yang boleh diambil bersama AJHT ini alah Omega Guard dan Ostematrix, di entry lain saya akan menulis lebih lanjut bagaimana ianya dapat membantu.

No comments:

Post a Comment