Tuesday, 17 September 2013

Kenapa Shaklee ???

Assalamualaikum,

Alhamdulillah kesihatan semakin hari semakin baik, setelah memutuskan untuk menjadi suri rumah sepenuh masa Ima berfikir bagaimana dapat mencari pendapatan sampingan, tujuan utama berhenti kerja adalah untuk menjaga anak dan menyediakan masakan untuk keluarga, Ima tak setangkas wanita di luar sana yang boleh buat pelbagai kerja dalam satu masa. Saban hari kehidupan harian keluar 7 pagi balik 7 malam. Setiap hari nasi bungkus, bila hujung minggu baru nak masak, skill memasak pun dah mula berkurang, mula la nak termasin, terhangit... macam-macam.... rasa tak adil kepada keluarga, padahal itulah tanggungjawab hakiki, memang tak dapat dinafikan air tangan isteri/ibu adalah pengikat kasih sayang.

Apabila hamil anak kedua Ima berkira-kira untuk berhenti kerja. Mengnangkan keadaan rumah yang semakin tak terurus, morning sickness yang teruk, memang mood nak kerja dah ke laut, masa tu HB rendah dan mula risau keadaan kandungan, bila Google bagaimana untuk menaikkan HB, pelbagai petua makanan yang boleh diamalkan, tapi pastinya ramai blogger yang turut menulis mengenai Shaklee. Ima dah mengenali Shaklee sewaktu menyusukan Thaqif lagi, tapi waktu tu ilmu penyusuan kurang, walaupun makan Shaklee ianya bukan lah ubat magic yang boleh menambah susu sekelip mata. Ya... ilmu sangat penting. Ima stop Shaklee bila rasa tak beri kesan apa pun. Padahal ima yang salah tak susukan baby dengan kerap, nak salahkan produk pula. Kat bawah ni bacaan HB ima waktu anak kedua, teruja sangat time tu, dari 10.7 naik ke 12.6, pada masa yang sama ima jaga pemakanan dan pantang larang HB ni... Ini la ima share dengan kawan-kawan produk Shaklee sangat berkesan. Tiada kesan sampingan, dengan pengambilan yang betul serta pemakanan yang sihat pasti memberikan kesan maksimum.



Apabila hamil anak kedua, Ima berkenalan dengan kak ruziah (mama G), asal kenal sebab beli pam susu, layanan yang diberikan membuatkan Ima tertarik untuk mengenali Shaklee dengan lebih mendalam. Alhamdulillah tak sampai sebulan Ima consume Shaklee HB kembali normal. Ima mula beli botol seterusnya dengan Mama G, n 'racun' ima daftar ahli, since nak jadi ahli ni murah je RM65, so Ima pun daftar, ingatkan saje je suka-suka nak dapatkan harga ahli. Mama G add ima ke secret Group di Facebook.

Wow.... memang teruja masuk group ni... Tak sangka boleh buat income sehingga 6 angka SEBULAN hanya dengan Shaklee. Ima mula explore, apa yang menarik sangat SHAKLEE ni kan... atas kehendak sendiri ima mula share di FB mengenai Shaklee, eh... ada oder masuk jugak, tak susah rupanya, dah jadi fenomena SHAKLEE kat Malaysia ni, keberkesanan memang terbukti. Bila Nampak hasil Ima jadi lebih bersemangat. ye la kan just share pun orang dah berminat nak beli. Ima mula serius untuk buat bisnes Shaklee ni, n dah nekad untuk berhenti keje, jalankan tanggungjawab hakiki sepenuh masa, ya itu tanggugnjawab sebenar.

Itulah pengenalan singkat Ima dan Shaklee...

No comments:

Post a Comment