Assalamualaikum,
Sepatutnya post ni dua hari lepas, kesibukan ke sana ke mari, agak letih nak berjaga nak menaip... ohhh manusia penuh dengan pulau alasan. Al-kisahnya pagi ahad memang dah ada temujanji nak pegi berurut di Kulim. (tempat ni memang Ima pegi monthly) nanti Ima akan tulis post pasal berurut ni. Petang tu pulak balik kampung suami di Jitra, tak rancang pun. Bawah ni gambar Talhah dengan Tok Wan. Thaqif dengan ayah dia pegi tengok itik kat belakang rumah.
Jadi balik pun dekat pukul 12 sampai rumah memang ke laut la kan nak berjaga mengadap laptop, Isnin pulak menyiapkan kerja rumah yang sepatutnya hari Ahad dah buat, maka hari Selasa baru lah dapat memulakan diet Kevin Zahri ni, Isnin malam Selasa Ima baca sekali lalu E-book yang dibeli tu. Sangat menarik, Ima galakkan bagi anda yang nak menurunkan berat badan WAJIB beli buku ni, kena fahamkan konsep baru la kita tak stress kan n tak salahkan produk kalau dah tahu kita yang langgar peraturan untuk menurunkan berat badan.
Ima tak ikut detail sangat cara pengiraan buku ni. yang pastinya ima perlu lebih aktif, no malas malas, sebabnya setiap pergerakan kita menyumbang kepada penurunan berat badan.
Sebagai permulaan hari ni Ima masak sup pucuk n su'un, tidak la begitu sihat, sebab boh telur itik mak lang bagi dari kampung, lepas tu boh kentang plak kot atas. heheh tang mana rendah kalorinya, buat ayam panggang. Ima tak prepare lagi barang dapur untuk menu-menu sihat ni, jadi habiskan apa yang ada dulu. Husband plak balik bawak kebab la, mertabak la.... adoiii dia ingat ima main2 agaknya nak turunkan berat badan ni, jadi Ima dah sekolahkan dia niat Ima ni. Penting ye kawan-kawan orang disekeliling kita mengetahui program diet kita, supaya dapat mengelakkan godaan makanan-makanan dari luar.
Alhamdulillah Ima berjaya mengawal nafsu nak makna mini donut, petang tadi pegi Amanjaya Mall, konon nak pegi tengaok tudung Aidijuma je, tapi tahu la kalau bawak Thaqif mesti nak mini donut, sebelum ni Ima cukup suka la... sangat manis, tapi selepas baca e-book dan tahu kandunga kalori dalam donut ni memang tak selera dah. Ima tak rasa pun. huhuhuhu. Thaqif beli keropok la... air 100plus la... ni sebab ada chucha dia, kalau mami jangan harap la. Jalan-jalan di mall juga membantu membakar kalori. tu yang pegi tu, heheh padahal nak g tengok tudung Aidijuma. Gambar kat bawah tu my 1st Aidijuma Bawal... hehehe jatuh cinta plak dengan tudung ni... nanti la senang2 kita buat post ek pasal tudung ni.
Malam ni plan nak siapkan menu apa nak masak. Ni gambar terbaru, mintak adik ipar amik gambar kat padang mainan, sangatla tidak suka dengan tubuh yang mula naik.
Jadi ini gambar sebelum, kita tengok perubahan nya nanti ye. Ok, selamat malam.
No comments:
Post a Comment