Assalamualaikum...
Hari kedua, baca berkali-kali e-book tu nak pahamkan, bila paham panjang la oooo nye kan, selain baca e-book kevin zahri ima tengok gak youtube, korang search je nama dia, rupanya dia ada rancangan kat TV1. almaklum lah jarang tengok TV ni, emmm lepas ni kena la selalu tengok selamat pagi malaysia. Kat youtube banyak perkongsian daripada Kevin.
Ok untuk menu Ima hari ni, tadi sempat snap gambar.
Pagi tadi pergi memborong sayur kat econsave, budget dalam seminggu makan. Hari ni masak sup cendawan dengan bunga kobis, sumber protin pulak ima masukkan sotong. Ima kena makan pedas-pedas so masukkan lada hitam, jumpa lak jenis bleh grind ni kan... haaa ala2 chef gitu. Nasi? tenghari Ima makan dalam 3 sudu, malam tak makan nasi dah... sebab malam buat sotong bakar, so makan sotong n sayur je. Sotong bakar tu perap dengna rencah yang Ima buat sendiri, emmm tumis boh minyak gula bagai, tu tak amik nasi tu, risau terlebih pulak kalori.
ok, nak story pulak konsep kalori yang diajar oleh kevin, konsep dia mudah, nak turunkan berat badan kena la bakar lemak yang sedia ada dalam tubuh, tapi kalau yang masuk lebih, yang keluar sikit macam mana nak kurus? jadi yang masuk tu kena kurang, yang keluar kena lebih baru la lemak2 lama dalam badan dapat dibakar menghasilkan penurunan berat badan.
Nak menahan nafsu makan bukan lah mudah, ye lah dah biasa makan sepinggan penuh, tiba-tiba tinggal 3 sudu je nasi. kuatkan jugak hati ni, ima mesti turun 20kg. Bila nak bakar lebih banyak kalori kena la bersenam, memandangkan ima dengan dua hero ni, memang tak bersenam la kan, jadi ima akan membakar kalori dengan mengemas rumah, pagi tadi dah berjalan kat econsave 11/2 jam. Tengahari masak. Lepas makan ingat nak mengemas sakan la... sekali Talhah dedar je nak demam... so lepak je la menyusu Talhah. Bonus dekat Ima jugak sebab menyusu pun membakar kalori, berapa ek... jap nak google. Emmm banyak la plak ada kata 500kalori, ada kata 300kalori. Yang penting ada pembakaran kalori di situ.
Jadinya Ima tukar kepada malam, Talhah tidur boleh la mengemas sikit. Esok sambung lagi nak lagi best sambil backcarry Talhah. Kena siapkan semua kerja rumah sebelum Thaqif balik sekolah, jadi boleh la beraktiviti dengan Thaqif pulak. nak bagi peluh sangat kan.
Ok, esok Ima share lagi. Selamat malam.
No comments:
Post a Comment